Showing posts with label nAsihAT. Show all posts
Showing posts with label nAsihAT. Show all posts

Monday, January 31, 2011

maaf,berbaik,percaya

1/maaf - orang mintak maaf kita maafkan. tapi kalau duk buat perkara sama aje berulang, maaf tu ikhlas ke atau sekadar untuk mengambil hati?

2/percaya - jangan senang percaya orang, trust is EARNED, not GIVEN. orang perlu meyakinkan kita yang dia boleh dipercayai, bukannya kita percaya orang sewenang-wenangnya

3/berbaik - berbaiklah dengan semua orang, tetapi, kalau nampak orang tu buat jahat pada diri kita atau orang lain, tegur, 2x nampak, tegur, 3x nampak, tinggalkan.

Orang jahat kita tak boleh nak berbaik, tak boleh nak percaya, tak boleh nak maaf.


*being told by my dear cousin..huhu

Sunday, January 30, 2011

siapa kita

salam,cik..
cik agama apa yerk?
saya islam..
oh islam..
buktinya?
eh,y ko sibuk2 nk taw sal agma ak ni pehal?

saudari....
knp nk melenting?
xde jawapan k?
tu br sy y bertanya...
belum Allah itu sndiri..
kalau Allah ty,ko kta ko sembah ak,mana buktinya?
saudari nk jwb apa?
fikir2kan lah...
apa buktinya...
kenapa saudari kata saudari ni islam..
sekadar dlm kad pengenalan je k?
kad pengenalan tu bw msk kubur k saudari?
wallahua'lam...

miracLe

hye..
bored..
so suka suki je la mhadp blog nih..
duk terjah blog org je keje..
asyik duk umh jer
xde idea nk g jln mana
hujan jerkkk
haiissshh

ptg smalam ak p kuaLa ibai
htr adk ak blik hosTEL dye..
hurm..
mlm lak ad ttmu...
mcm bese la..
my dad py ttamu..
arOund pkul 10 mybe,
dpt phone call dr adk ak y td..
aLamak!!
hosTel dye tbakar..
aiseyh...
xsng duduk mak ak
ank ksyangn dia tuh
tgal sehelai spgang
juz duit rm 10 ngn hp jer y dpt dselamatkn
huhu///

so,hr ni..pg2 lg kul 7 mak ayh ak da siap2
ak ingtkn dey aLL nk g skol..
rupanya nk g tpt adk ak..
haha
ak agk mak ayh ak xtdo lena mlm td..
p agk je la..
huhu

ak kt umh?
keje masak je la..
huhu

blik pd stOry hestel terbakar td..
korg pnh dgr x cter tok imam smbhyang brjmaah p dia la imam,dia gak makmum..
haha
tu la y jd kt kg tu smlm..
imam da angkt tkbir,makmum cbut lari..
pasal hosTel y tbakar tuh duk kt dpn msjid..
so,bla kecoh API!API!
makmum2 pown panik r..
trus cabut p tgk pe jd..
tgal la imam sorg...
nk dijadikn cerita...
imam da siap wirid,bc doa dah ni..
turn nk slm,br perasan...
haha
dia sorg je rupanya kt dlm msjd tuh..
huk3..
khuSyuk imam nih smyg..baguih2..


k2...
kNp tjuk story ak kLi nih miracLe?
gNI...
During kebakaran tuh,smua student duk kt surau..
tgal one student ni jer..dmam...
so,dia plg lmbat p surau
bla dgr azan,dia pown bgun la nk p amik air smyang
*still niat nk smyg kt surau
tup2 npk api cerah jer kt tgkat ats..
tgk py tgkat,rupanya blok ats tbakar..
dia pown p la gtaw kt jirn trdekat..
bmula la episod kelam kabut..
ad sorg pakcik nih..
dia duk jerit API!API! smpai semput,,
huhu
xleh bla lak,bla dia da xlarat.ad org tlg smbung jerit API!API!
huhu,anything can happen klu time gtu kn..

nk dijadikn cerita,angin btiup kuat sgt time tuh..
hjn pown ad gak..
p miracLE nya,
when the rain stop,wind jg nrhnti btiup,bomba pown smpai,
api y marak td tu da reda..
khdmt bomba da xdperlukn da..
haha
pastu,bgunan bersebelhn lak,ckit pown xkna api..
jgnkn api,bkas asp pown xde..
SUBHANALLAH...
MAHA SUCI ALLAH...
tgk?
ALLAH da tunjuk kn kkuasaannya...
hosTel tu sbnarnya adalah sebuah sekolah pondok..
tpt bdk2 mhafal AL-QURAN..
almri,katil smua hangus tp....
AL-QURAN ttp tpelihara..
ad one kid ni,dia smpan duit ngn ic dia lam AL-QURAN..
ALHAMDULILLAH,ckit pown xjejas..
huhu
kereta y d'park kt bwh bgunan tu pown xde efffect pape
*that car belongs to ustaz that conduct n manage all the students..
MASYA-ALLAH...
*nikmat ALLAH y mana lg hendak kamu dustakan...wallahua'lam..

Wednesday, January 19, 2011

what u see?

what u see?
i see nothing?
think again...
i see nothing..
why?
bcoz we never know what is in front us..
ur answer..
i see my laptop..
but dont u see what is actually inside that?
dont u ever think from where it comes?
who create it?
why u hve it?
who bought it for u?
dont ever say that u know what is in front u unless u know everything about it..
wahwahwah...
r u muslim?
yes,i am..
so tell me..
what is islam..
prove me,who's ur god..
what is he's character..
tell me what u believe..
prove me ur religion..
tell me what reason u r here
in this fake world
fake paradise
tell me what make u different from other religion?
why u chose islam?
can u answer me?
can u?
dont u ever try to judge others if u unable to judge urself..
who r u actually??





*juz remining myself so that i'm not to lalai....huhu

Wednesday, January 12, 2011

kesan zikir pd otak kite

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.


Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang ali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

ANAK PADERI PELUK ISLAM

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!..... Bacalah dan Renungkanlah. ...

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian.. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah .

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah.. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek.. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.

Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah

2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-
kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -

Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan.. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu
menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang
berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.

Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis.....awak mengigau.... "

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu..

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam.. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata.....saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas.. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung......"

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.. Kalau ini sikap pendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam.....jatuh cinta...lalu dimurtadkan..

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil
sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.

InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!! !

TOLONG FORWARDKAN!! !
Demi islam....Demi agama yang tercinta...insyaAll ah...

HALALKAH REZEKI KITA.....???
BIARLAH 10 SEN HALAL DARIPADA BERIBU BERJUTA YANG HARAM!!!!!!!
KITA MAKAN....... BAGI ANAK - ANAK KITA MAKAN.......NAK SELAMAT DI
AKHIRAT ??? KITA KEKAL SELAMANYA DI SANA !!!
RENUNGKANLAH. ........... ..WASSALAM! !!

Monday, December 13, 2010

sURAt daRI SeoRAng aNAK

Mak...Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...

Mak tau tak... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa... dan itu juga terakhir kalinyaEmmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh... nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...

Mak macam dah sedia... Seminggu sebelum tu...Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu... Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih... Kakak pun rasa hairan... Mak tak penah buat gitu...

Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak... Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ... Kengkadang siaran indonesia ...Mak terus tekun menganyam...Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih... Pastu mak jemur karpet-karpet. .. Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..Mak biarkan ruang tu kosong.. Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...

Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. Ada kat dalam almari... Ada kat dalam dalam beg... Ada dalam ASB... Ada kat dalam Tabung Haji.. Mak cakap tak berapa cukup lagi... Ada kat dalam gulung tikar...

Masa tu mak perasan takk..?? Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... Mak cuma gelak jer... Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...

Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut... Bila malam tu kiter sampai dari KL...Mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk... Mak tetap takmau pi hospital... Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.. Mak kata mak takmau duduk dalam hospital... Tapi kiter berkeras juga pujuk.. Nanti di hospital ada doktor...Ada ubat untuk mak.. Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...

Mak tetap tak bersetuju...Mak memang degil.. Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk... Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitKami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...

Mak... Ampunkan kami semua... Kami nak mak sehat... Kami sayang mak... Kami tak mau mak sakit... Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital... Ampunkan kami yer mak...

Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya makKiter kata nak beli kereta... Mak asyik tanya ajer..Cukup ker duit.. Kiter jawab pula...Kalau tak cukup, mak kan banyak duit... Mak gelak ajerr...

Lepas tu bila kereta kiter sampai...Mak buat kenduri kesyukuran... Dan kiter masih ingat lagi...Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...Punya la kiter takut...Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...Bila balik sahaja kampong...Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...Mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...

Mak...Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... Mak, kiter menipu mak kan ...Ampon kan kiter...

Mak... Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006 Bila tiba aja kat hospital... Nurse tengah balut mak dengan kain putih... Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak nampak abang cium dahi mak... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...

Mak tau tak... Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... Jalan di depan terasa makin kelam... Airmata dah tak mampu di tahan... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..Kosong...sekosong hati ini... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya... Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...

Mak... Kiter masih ingat lagi... Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi... Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak... Kiter gosok kaki mak perlahan lahan... Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter... Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu... Lagi laaaa... laju airmata ni..Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...

Mak... Sampai takat ini surat ni kiter tulis... kiter nangis ni... Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi... Takder orang yang bangun lagi... Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...Kiter rindu kat mak..! Takpa la...Nanti bila kita selesai sembanyang subuh, Kiter baca yassin untuk mak... Mak tunggu ya..!

Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... Semua anak-anak mak mengelilingi mak...Menatap wajah mak buat kali terakhir... Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja... Mak rasa tak...Masa tu kiter sentuh dahi mak... Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk... Kiter tak mampu nak cium mak...Kiter tak daya... Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter tak boleh tahan... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah... Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... Badan akak terasa panas... Makk...AnaK

mak yang seorang tu demam..

.

Mak tauu...Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak... hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak...Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap...Masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan... Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...Tangisan tak dapat dibendung...


Mak tauu...Kiter cuba bertahan... Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... Nak cakap dengan mak... Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.." Dan akhirnya akak juga nangis...

Mak tau tak..Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... Rasa nyilu sangat... Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...

Mak... Cukup la sampai sini dulu... Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu... Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ... Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula... Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...Pastu kawan kiter bgtau...Simpan je buat kenangan..Kiter cuma tau alamat ni aje... Takper yer mak...kKiter kasi orang lain baca... Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak I LOVE YOU SO MUCH Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. Sampai masuk universiti.. Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,

mOtiVatiON CkEt.....

The most difficult person to FACE in life is yourself.

A GRATEFUL heart is the cure for loneliness.

Do not judge the FUTURE by the past.

Never stop reaching for the GOAL in front.

Hold on to your BELIEF, then you will overcome difficulties.

TRIVIALITIES* can accumulate to an important episode.


Kind DEEDS can bring good returns.

DREAM is our motivation in life.

WISDOM is to understand that the world is ever-changing.

SINCERITY is a natural spring of water.

Danger brings us TRUE friends.

SMILE is the first step of a new life.

emotions smiley-wink smiley-smile smiley-laughing smiley-cool

So, go on with your life with a new spirit. Everyday is a new day


akU CuMA aN-Nisa'

Ya Allah..

Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah

Sehingga dirinya digelar afifah solehah

Dialah wanita pertama

Tiada ragu mengucap syahadah

Pengorbanan bersama Rasulullah

Susah senang bersama

Walau hilang harta kerana berdakwah

Walau dipulau 3 tahun 3 bulan

Imannya sedikit pun tak berubah

Mampukah aku setabah dirinya?

Andai diuji sedikit sudah rebah..

Baru dihina sudah mengalah

Ya Allah..

tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..

Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah

Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya

Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda

Anak yang semulia peribadi baginda

Tangannya lah yang membersihkan luka

Tangannya jua yang membersihkan cela

Pada jasad Rasulullah tercinta

Gagahnya dirinya pada dugaan

Mampukah aku sekuat Fatimah?

Saat diri terluka dendam pula menyapa

Saat disakiti maki pula mengganti

Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah

Tukang sisir yang beriman dan

Keluarga Yasir yang bertakwa

Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia

Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan

Mampukah sabarku seperti mereka?

Tatkala digoda nafsu dunia..

Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..Kuatkan Imanku seperti Masyitah

Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih

Kerana yakin Allah pasti disisi

Sabarkan aku seperti sumaiyah

Biar tombak menusuk jasad..

Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..Jadikan aku semulia Ummu Sulaim

Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman

Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah

Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami

Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud

Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya

Tingginya nilai cinta pada harga Iman

Mampukah aku menatap cinta itu?

Sedangkan rupa yang menjadi pilihan

Ketulusan Iman diketepikan

Ya Allah..Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...Jadikan aku sehebat Aisya Humaira

Isteri termuda Rasulullah

Biar dilempar fitnah

Dia tetap teguh pada ketetapanNya

Isteri sejati yang memangku Nabi

Pada saat terakhir baginda

Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan

Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..Mampukah aku contohi dirinya?

Pada fitnah yang melanda

Diri mula goyah dan putus asa

Teguhkan Imanku sepertinya..

Ya Rahim..

Ya Allah..Teringat diri pada Khansa

Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH

Dia meratap tangis..

Anak sulungnya syahid

Anak keduanya turut syahid

Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid

Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta

Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?

Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab

Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah

Berikan aku kekuatan sepertinya..

Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..

Diriku bukan setabah Ummu Khadijah

Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah

Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah

Mahupun sehebat Ummu Sulaim

Dan tidak seteguh Aisya Humaira

Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman

Dimana Aurat semakin dibuka terdedah

Dimana syahadah hanya pada nama

Dimana Dunia yang terus dipuja

Dimana nafsu fana menjadi santapan utama

Dimana batas sentiasa dileraikan

Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum HawaKita cuma An-Nisaa

Para pendosa yang terbanyak di neraka

Lantas walau tak setabah para Mujahidah

Namun Tabahlah pada ketetapan Allah

Kerana padanya ada Syurga!

Walau tak semulia para wanita sirah

Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara

kerana padanya ada Pahala!

Walau tak sesabar para wanita solehah

Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa

Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam

Bukan untuk ditindas kerana lemah

Tapi untuk dilindungi kerana Indah

dan Indah apabila tertutup terpelihara

Kerana disitulah terjaganya Syahadah

Bak mekarnya wanita dalam sirah

Tuntunlah kami ke arah syurga..

Bicara dari An-Nisaa yang h

ina.

.

Makbulkan doaku..Aamiin..